Murtabak Majid ~ No 1 Di Johor Bahru

Contact smartouch9903

http://www.adpress.in/235877

Contact by email

Contact form

Cancel

Kedai ini merupakan satu tempat yang menjadi tumpuan ramai terutama ketika waktu minum petang. Hidangan yang disediakan merupakan menu yang santai tetapi amat menyelerakan dan sesuai dijadikan sebagai hidangan minum petang untuk sesiapa sahaja. Murtabak keju adalah merupakan menu yang paling popular dan amat laku di kedai ini.

Kedai ini telah lama dikenali malah sudah berpuluh tahun bertapak dan merupakan perniagaan yang diwarisi turun menurun. Namun begitu, sejak beberapa tahun yang lepas, trend semasa yang menjadikan keju sebagai bahan tambahan dalam kebanyakan hidangan telah mencetuskan idea dalam mempelbagaikan menu murtabak. Hal ini telah berjaya menaikkan lagi nama kedai ini dengan terhasilnya menu murtabak keju yang sangat diminati oleh setiap penghuni termasuk dari luar negeri mahupun luar negara seperti Singapura.

Jika anda mencari perkhidmatan kereta sewa dari singapura ke malaysia atau teksi ke johor bahru , anda boleh menghubungi kami untuk perjalanan anda dari Singapura ke JB/Singapura ke Johor/Johor ke Singapura.

Murtabak keju menjadi hidangan wajib dicuba bagi sesiapa yang berkunjung ke Johor Bahru dan menyebabkan kedai ini dipenuhi pelanggan tanpa mengira waktu. Kedai yang beroperasi dari jam 12 tengahari sehingga 7 malam ini tidak pernah sunyi malah selalu menamatkan operasinya lebih awal dari masa yang sepatutnya kerana kehabisan.

Hidangan murtabak bersama keju adalah merupakan yang terbaik di situ dengan kepadatan keju dan inti yang boleh dipilih seperti ayam, daging atau kambing. Selain itu, hidangan ini amat berbaloi walaupun dikenakan dengan harga yang agak mahal tetapi mampu membuat pelanggan berpuas hati. Murtabak ini boleh dicicah bersama kuah kari dan sos timun yang disediakan. Akan tetapi ramai yang lebih selesa untuk menikmati hidangan ini dengan begitu sahaja. Hidangan yang menyelerakan ini sudah pasti mampu menarik minat pelanggan dan membuat pelanggan berkunjung semula ke kedai ini untuk menikmatinya semula.

Setiap kepingan murtabak dimasak berulang kali bagi memastikan setiap lapisan dimasak dengan sempurna dan menghasilkan rasa yang enak. Selain itu bahan – bahan yang digunakan dalam membuat murtabak seperti telur, bawang, daging dan sebagainya telah disediakan terlebih dahulu dalam memastikan servis di kedai ini sentiasa cepat dan menyenangkan pelanggan. Oleh yang demikian, rancanglah perjalanan anda ke Johor Bahru dan jangan terlepas dalam merasai sendiri hidangan murtabak keju di kedai ini yang mampu menambat selera anda.

Bagaimana mahu ke Murtabak Majid?
Anda boleh menyewa teksi persendirian sebagai pengangkutan anda ke JB kerana ianya sangat menyenangkan dan selesa. Anda mungkin tidak beberapa memahami akan kawasan atau jalan dan ini menyebabkan anda sesat ketika melancong. JB2SG menyediakan pengangkutan ke JB dengan harga yang amat berpatutan. Kami boleh megambil anda dari Singapura ke Johor Bahru tanpa sebarang kerumitan.

JB2SG (Perkhidmatan Teksi Persendirian)
Kami menyediakan perkhidmatan pengangkutan antara Johor dan Singapore. Kami boleh mengambil anda dari mana-mana tempat di Singapura dan boleh menghantar ke mana-mana tempat di Johor termasuk bandar Johor Bahru, Legoland, JPO, The Little Big Club, Kukup, Desaru, Mersing dan sebagainya. (www.jb2sg.com)

JB2SG menyediakan beberapa jenis MPV 7 tempat duduk yang selesa dan boleh dipilih dengan harga serendah SGD 100 bergantung pada destinasi anda. Sebagai contoh, anda memilih Toyota Innova dan ingin ke Johor Bahru dari Singapore, harganya hanya SGD 100.00 untuk satu kereta sehala. Jika anda ingin dua hala dan kembali semula ke Singapore, harganya hanya SGD 200.00. Murah dan selesa itu keutamaan kami. JB2SG sedang buat promosi, tempah sekarang dan dapatkan harga SGD 90.00! (www.jb2sg.com)

Posted on : 12/10/2018, #, Edit

It is NOT ok to contact this poster with other commercial interests.

« Used Car Loans In SecunderabadFloating Seals manufacturer & Supplier in Pune, Maharashtra, India. »